Friday, March 27, 2009

Sejarah Tok Selampit

Tradisi Tok Selampit merupakan penglipurlara yang berpengaruh menghibur hati rakyat pada masa dahulu. Penglipurlara dikenali sebagai Tok Selampit. Ketika bercerita, Tok Selampit akan melakukan pelbagai aksi semasa bercerita termasuklah bersilat, menyanyi, berpantun dengan menggunakan bahasa berirama dan diiringi irama Selampit yang tersendiri.

Pengkisahan secara mulut ini biasanya diiringi dengan gesekan rebab. Selampit merupakan salah satu daripada beberapa cerita yang disampaikan dan setiap penceritaan biasanya memakan masa dari satu malam hingga empat malam bergantung kepada penaja majlis. Selampit amat mahsyur di negeri Kelantan dan selalu dipersembahkan dalam majlis seperti perkahwinan dan keramaian umum. Tetapi, pada masa sekarang sambutan yang berkurangan menjadikan seni ini semakin terpinggir.