Friday, March 27, 2009

Video ini menunjukkan gurauan yang keterlaluan sehingga menimbulkan konflik.

Seperti ada pepatah mengatakan " Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak kata badan binasa"

Halangan pendengaran dalam komunikasi

Positive and Negative Conflict

mendengar secara tersurat dan tersirat

5 conversation process

Gangguan Komunikasi Antara Majikan-Pekerja

Ini adalah salah satu contoh video mesyuarat antara majikan dan pekerja. semasa mesyuarat sedang di jalankan, terdapat banyak halangan komunikasi yang berlaku. seperti gangguan bunyi telefon, tiada tumpuan perhatian semasa interaksi sedang berlaku.

DEFINISI KOMUNIKASI KEMANUSIAAN MENURUT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KOMUNIKASI


(i) pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat

(ii) proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa



KEMANUSIAAN

(i) Insan, keinsanan, kebaikan, timbang rasa, kemuliaan, keadilan (Tesaurus Bahasa Melayu 1998)

(ii) Perihal manusia, sifat-sifat manusia, tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia sama ada tentang dunia mahu pun hal yang berkaitan dengan keduniaan.



Jadi, boleh disimpulkan bahawa komunikasi kemanusiaan sebagai suatu pengaliran sumber maklumat daripada pengucap kepada pendengar atau pun suatu proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa untuk memperihalkan tentang manusia, sifat-sifatnya atau berhujah berkenaan dengan manusia, dunia dan keduniaan.
PENGENALAN
Pendengaran amat penting ketika berlakunya interaksi antara pendengar dan pengucap. Pendengar yang efektif mampu membentuk personaliti yang cemerlang dan dihormati disamping menjadikan orang lain menghargai kehadiran anda disekeliling mereka. Namun begitu, terdapat pelbagai halangan dari menjadi seorang pendengar yang efektif. Halangan-halangan ini memberi kesan kepada mesej yang ingin disampaikan oleh pengucap.

Terdapat tujuh halangan yang perlu anda berhati-hati apabila mempraktikan gaya pendengaran yang efektif terhadap rakan-rakan atau ahli keluarga:

1) Mengkritik individu yang berbual dengan anda
Situasi iaitu apabila berlakunya interaksi antara anda dengan individu lain, yang mana mesej yang disampaikan oleh individu tersebut lebih kepada kata-kata kritikan tentang diri anda. Ini menyebabkan anda mengambil sikap endah tidak endah dengan cara tidak memberi tumpuan pada mesej yang di sampaikan oleh individu tersebut.

2) Ambil mudah dengan orang yang sedia kenali
Lazimnya, kita sering kali memberi tumpuan pendengarang yang lebih tinggi kepada individu yang baru kita kenali berbanding dengan individu yang rapat atau yang sudah lama kita kenali.

3) Khayal di dunia sendiri
Dalam sesetengah situasi, adakalanya kita berkhayal tanpa memberi perhatian dan tumpuan pada individu yang sedang berinteraksi dengan kita.

4) Kejutan emosi dalam perbualan
Terdapat situasi interaksi yang mana pengucap memberi kata-kata berbaur kritikan kepada pendengar yang menyebabkan pendengar tidak ingin memberi tumpuan disebabkan kritikan tersebut benar-benar memberi kesan kepada pendengar. Namun, terjadi juga halangan yang mana pendengar tidak dapat memberi tumpuan kepada mesej yang disampaikan disebabkan oleh emosi pendengar ketika interaksi tersebut berada dalam

5) Kata-kata lebih laju dari fikiran
Terdapat pengucap yang menyampaikan mesej dengan cepat dan laju sehingga penerima mesej tidak memahami dan tidak dapat menangkap butir bicara yang dituturtkan dengan baik. Kajian ada menyatakan kebiasaan individu normal berkata-kata sebanyak 125 patah perkataan seminit, malah ada yang mencapai 600-800 patah perkataan dalam tempoh tersebut.

6) Gangguan sekeliling yang menarik perhatian
Gangguan-gangguan luaran baik berbentuk bunyi atau fizikal boleh mengurangkan kepekaan seseorang untuk mendengar sesuatu. Adakalanya, terdapat halangan yang mana individu yang mendengar mesej lebih memberi perhatian kepada objek lain dari mendengar mesej yang disampaikan oleh pengucap.

Selain dari halangan-halangan di atas, terdapat halangan-halangan lain yang boleh memberi kesan kepada pendengaranf yang efektif :
1) Perbezaan latar belakang.
2) Respons yang merencatkan hubungan.
Cth: Mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak, mencelah.
3) Prejudis atau prasangka.
Cth: Memberi label tertentu.
4) Komunikasi lisan dan bukan lisan yang bercanggah.
Cth: Cakap tidak serupa bikin.
5) Tidak mendengar dengan baik.
6) Faktor situasi.
Cth: Bising, panas, emosional.

MENGAPA "TOK SELAMPIT MENJADI NAMA PILIHAN KUMPULAN KAMI?

Tok Selampit atau Tukang Karut berperanan untuk menghiburkan orang lain dengan celotehnya. Tok Selampit adalah watak penting yang memeriahkan sesuatu majlis keramaian dengan celoteh-celotehnya secara spontan. Ianya popular sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Oleh kerana kepetahannya berceloteh menyebabkan kumpulan kami tertarik untuk memilih nama Tok Selampit. Oleh itu, kami menjadikan Tok Selampit sebagai satu cara untuk kami berkomunikasi dengan baik walaupun secara spontan seiring dengan subjek komunikasi kemanusiaan yang kami pelajari.

Profil Ahli Tok Selampit




Nama: Nor Azizi Bt Latip

Nombor Matriks: UK15603

Program: Sarjana Muda Kaunseling

Semester: Disember 2008/2009

Asal: Terengganu

Tarikh Lahir: 6 Disember 1987

Bilangan Adik-beradik: Anak ke-2 dari 5

Hobi: Membaca novel, mendengar radio dan makan buah-buahan tempatan

Warna Kegemaran: Warna-warna yang terang dan warna pelangi

Kenapa Saya Berminat Dengan Kos Kaunseling: Program kaunseling banyak mengajar saya menjadi seorang manusia yang tahu asal usul dan menerima kelemahan dan kekuatan diri dengan seadanya

Kenapa Saya Berminat Dengan Subjek Komunikasi Kemanusiaan: Komunikasi merupakan sesuatu yang penting dalam berinteraksi sama ada dengan rakan mahupun orang luar. Selain itu, saya mahu meningkatkan kemahiran intrapersonal disamping subjek ini menarik dan banyak memberi input baru kepada saya.

Profil Ahli Tok Selampit


Nama: Norazlinda Bt Muda

Nombor Matriks: UK16394

Program: Sarjana Muda Kaunseling

Semester: Disember 2008/2009

Asal: Terengganu

Bilangan Adik-beradik: Anak ke-7 dari 10

Hobi: Membaca

Warna Kegemaran: Warna mengikut mood, lain tahun lain warna

Kenapa Saya Berminat Dengan Kos Kaunseling: Tak adalah minat sebab lebih minat kos psikologi tetapi tengah cuba untuk menanam minat tersebut

Kenapa Saya Berminat Dengan Subjek Komunikasi Kemanusiaan: Minat dengan komunikasi sebab komunikasi sangat penting. Saya ingin mengetahui bagaimana cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan orang lain dan saya ingin meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya.

Profil Ahli Tok Selampit


it's me... ^^

Nama: Amni Salma Bt Abu Osman

Nombor Matriks: UK15862

Program: Sarjana Muda Kaunseling

Semester: Disember 2008/2009

Asal: Selangor

Tarikh Lahir: 9 April 1985

Bilangan Adik-beradik: Anak ke-4 dari 4

Hobi: Membaca, Driving, Menonton DVD

Warna Kegemaran: Maroon, Peach, Ungu

Kenapa Saya Berminat Dengan Kos Kaunseling: Sebab saya lebih suka mendengar daripada banyak bercakap. Tujuan utama adalah untuk memahami diri sendiri. Dengan ini saya boleh memahami orang lain pula.

Kenapa Saya Berminat Dengan Komunikasi Kemanusiaan: Sebab saya nak baiki cara saya berinteraksi dengan orang lain disamping membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam komunikasi.

Sejarah Tok Selampit

Tradisi Tok Selampit merupakan penglipurlara yang berpengaruh menghibur hati rakyat pada masa dahulu. Penglipurlara dikenali sebagai Tok Selampit. Ketika bercerita, Tok Selampit akan melakukan pelbagai aksi semasa bercerita termasuklah bersilat, menyanyi, berpantun dengan menggunakan bahasa berirama dan diiringi irama Selampit yang tersendiri.

Pengkisahan secara mulut ini biasanya diiringi dengan gesekan rebab. Selampit merupakan salah satu daripada beberapa cerita yang disampaikan dan setiap penceritaan biasanya memakan masa dari satu malam hingga empat malam bergantung kepada penaja majlis. Selampit amat mahsyur di negeri Kelantan dan selalu dipersembahkan dalam majlis seperti perkahwinan dan keramaian umum. Tetapi, pada masa sekarang sambutan yang berkurangan menjadikan seni ini semakin terpinggir.

Halangan-halangan menjadi pendengar yang baik

Mendengar secara aktif mungkin dapat membantu kita merapatkan hubungan yang sedia ada. Ramai yang salah sangka bahawa dengan banyak bercakap itulah caranya untuk merapatkan hubungan dengan rakan dan ahli keluarga. Tetapi sebenarnya kita perlu menjadi ramah dan dalam masa yang sama kita mendengar apa yang disampaikan oleh orang lain. dengan cara pendekatan begini, akan menimbulkan penerimaan orang lain terhadap diri kita disebabkan sikap suka mendengar yang menandakan kita memberi perhatian dan sokongan kepada kata-kata yang disampaikan.

Tambahan lagi, pendengar yang efektif mampu memberi kesan dan pengaruh pada sikap dan tingkahlaku orang lain dimana diri kita dihormati oleh individu yang terlibat. Keadaan ini boleh berlaku kerana kita dianggap mempunyai perasaan dan menyediakan ruang untuk memahami mereka dengan lebih mendalam.

Walaupun begitu, keadaan sekeliling boleh mewujudkan halangan-halangan yang boleh mengganggu diri kita menjadi pendengar yang baik. Terdapat tujuh halangan untuk menjadi pendengar yang baik. Antaranya ialah:
A) Ambil mudah dengan orang yang sudah dikenali
B) Khayal di dunia sendiri
C) Kejutan emosi dalam perbualan
D) Mengkritik individu yang berbual dengan anda
E) Kata-kata lebih cepat dari fikiran
F) Terlalu banyak dengan maklumat yang tidak diperlukan
G) Gangguan sekeliling yang menarik perhatian

Thursday, March 26, 2009

Profil Ahli Tok Selampit



Nama: Wan Norizati Bt Wan Abdullah Sani

Nombor Matriks: UK15547

Program: Sarjana Muda Kaunseling

Semester: Disember 2008/2009

Asal: Selangor

Tarikh Lahir: 28 October 1988


Bilangan Adik-beradik: Anak ke-4 dari 4

Hobi: Membaca Novel, Membeli-belah

Warna Kegemaran: Pink, Hijau, Merah

Kenapa Saya Berminat Dengan Kos Kaunseling: Apa yang menyebabkan saya berminat untuk mengambil kos ini adalah kerana saya ingin melakukan perubahan pada diri saya sendiri. Saya merasakan dengan mengambil kos ini membolehkan saya mengenali diri saya dengan lebih mendalam berbanding sebelum ini.

Kenapa Saya Berminat Dengan Subjek Komunikasi Kemanusiaan: Ini disebabkan saya ingin memantapkan lagi kemahiran saya dalam berkomunikasi dengan orang lain. Saya juga ingin meningkatkan lagi keyakinan diri saya apabila berkomunikasi dihadapan orang lain.