Friday, March 27, 2009

PENGENALAN
Pendengaran amat penting ketika berlakunya interaksi antara pendengar dan pengucap. Pendengar yang efektif mampu membentuk personaliti yang cemerlang dan dihormati disamping menjadikan orang lain menghargai kehadiran anda disekeliling mereka. Namun begitu, terdapat pelbagai halangan dari menjadi seorang pendengar yang efektif. Halangan-halangan ini memberi kesan kepada mesej yang ingin disampaikan oleh pengucap.

Terdapat tujuh halangan yang perlu anda berhati-hati apabila mempraktikan gaya pendengaran yang efektif terhadap rakan-rakan atau ahli keluarga:

1) Mengkritik individu yang berbual dengan anda
Situasi iaitu apabila berlakunya interaksi antara anda dengan individu lain, yang mana mesej yang disampaikan oleh individu tersebut lebih kepada kata-kata kritikan tentang diri anda. Ini menyebabkan anda mengambil sikap endah tidak endah dengan cara tidak memberi tumpuan pada mesej yang di sampaikan oleh individu tersebut.

2) Ambil mudah dengan orang yang sedia kenali
Lazimnya, kita sering kali memberi tumpuan pendengarang yang lebih tinggi kepada individu yang baru kita kenali berbanding dengan individu yang rapat atau yang sudah lama kita kenali.

3) Khayal di dunia sendiri
Dalam sesetengah situasi, adakalanya kita berkhayal tanpa memberi perhatian dan tumpuan pada individu yang sedang berinteraksi dengan kita.

4) Kejutan emosi dalam perbualan
Terdapat situasi interaksi yang mana pengucap memberi kata-kata berbaur kritikan kepada pendengar yang menyebabkan pendengar tidak ingin memberi tumpuan disebabkan kritikan tersebut benar-benar memberi kesan kepada pendengar. Namun, terjadi juga halangan yang mana pendengar tidak dapat memberi tumpuan kepada mesej yang disampaikan disebabkan oleh emosi pendengar ketika interaksi tersebut berada dalam

5) Kata-kata lebih laju dari fikiran
Terdapat pengucap yang menyampaikan mesej dengan cepat dan laju sehingga penerima mesej tidak memahami dan tidak dapat menangkap butir bicara yang dituturtkan dengan baik. Kajian ada menyatakan kebiasaan individu normal berkata-kata sebanyak 125 patah perkataan seminit, malah ada yang mencapai 600-800 patah perkataan dalam tempoh tersebut.

6) Gangguan sekeliling yang menarik perhatian
Gangguan-gangguan luaran baik berbentuk bunyi atau fizikal boleh mengurangkan kepekaan seseorang untuk mendengar sesuatu. Adakalanya, terdapat halangan yang mana individu yang mendengar mesej lebih memberi perhatian kepada objek lain dari mendengar mesej yang disampaikan oleh pengucap.

Selain dari halangan-halangan di atas, terdapat halangan-halangan lain yang boleh memberi kesan kepada pendengaranf yang efektif :
1) Perbezaan latar belakang.
2) Respons yang merencatkan hubungan.
Cth: Mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak, mencelah.
3) Prejudis atau prasangka.
Cth: Memberi label tertentu.
4) Komunikasi lisan dan bukan lisan yang bercanggah.
Cth: Cakap tidak serupa bikin.
5) Tidak mendengar dengan baik.
6) Faktor situasi.
Cth: Bising, panas, emosional.

MENGAPA "TOK SELAMPIT MENJADI NAMA PILIHAN KUMPULAN KAMI?

Tok Selampit atau Tukang Karut berperanan untuk menghiburkan orang lain dengan celotehnya. Tok Selampit adalah watak penting yang memeriahkan sesuatu majlis keramaian dengan celoteh-celotehnya secara spontan. Ianya popular sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Oleh kerana kepetahannya berceloteh menyebabkan kumpulan kami tertarik untuk memilih nama Tok Selampit. Oleh itu, kami menjadikan Tok Selampit sebagai satu cara untuk kami berkomunikasi dengan baik walaupun secara spontan seiring dengan subjek komunikasi kemanusiaan yang kami pelajari.