Friday, March 27, 2009

Halangan-halangan menjadi pendengar yang baik

Mendengar secara aktif mungkin dapat membantu kita merapatkan hubungan yang sedia ada. Ramai yang salah sangka bahawa dengan banyak bercakap itulah caranya untuk merapatkan hubungan dengan rakan dan ahli keluarga. Tetapi sebenarnya kita perlu menjadi ramah dan dalam masa yang sama kita mendengar apa yang disampaikan oleh orang lain. dengan cara pendekatan begini, akan menimbulkan penerimaan orang lain terhadap diri kita disebabkan sikap suka mendengar yang menandakan kita memberi perhatian dan sokongan kepada kata-kata yang disampaikan.

Tambahan lagi, pendengar yang efektif mampu memberi kesan dan pengaruh pada sikap dan tingkahlaku orang lain dimana diri kita dihormati oleh individu yang terlibat. Keadaan ini boleh berlaku kerana kita dianggap mempunyai perasaan dan menyediakan ruang untuk memahami mereka dengan lebih mendalam.

Walaupun begitu, keadaan sekeliling boleh mewujudkan halangan-halangan yang boleh mengganggu diri kita menjadi pendengar yang baik. Terdapat tujuh halangan untuk menjadi pendengar yang baik. Antaranya ialah:
A) Ambil mudah dengan orang yang sudah dikenali
B) Khayal di dunia sendiri
C) Kejutan emosi dalam perbualan
D) Mengkritik individu yang berbual dengan anda
E) Kata-kata lebih cepat dari fikiran
F) Terlalu banyak dengan maklumat yang tidak diperlukan
G) Gangguan sekeliling yang menarik perhatian